2.0 DEFINISI
Definisi bagi kesantunan berbahasa
ialah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama
ada melalui lisan atau tulisan. Selain itu, kesantunan bahasa
secara umum merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab,
memancarkan peribadi mulia dan menujukkan penghormatan kepada pihak yang
menjadi teman bicaranya. Kesantunan berbahasa juga merupakan timbang rasa yang
kita berikan kepada orang yang mendengar pertuturan kita. Contohnya, bahasa yang digunakan untuk menolak
permintaan seseorang tanpa mengecilkan hatinya. Kepentingan bahasa dapat kita lihat dalam hubungan dan pergaulan
harian masyarakat. Kesantunan
berbahasa dapat mencerminkan keperibadian si penutur dan merupakan alat menunjukkan kehalusan budi
bahasa, beradab dan bersopan. Kesantunan berbahasa juga berperanan untuk
menjaga perasaan si pendengar.
- Pendapat Tokoh-tokoh
Menurut Asmah Hj.
Omar, kesopanan boleh dilihat dari segi tingkah laku bukan bahasa dan juga
dari segi bahasa. Tambahan lagi, kesopanan yang betul-betul memberi perhatian
kepada peranan sosial pemeran latar, judul percakapan, dan menyesuaikan
peraturan pertuturan dengan keadaan sebenar.
Pada pendapat dari tokoh Thomas, kesopanan berbahasa dapat
didefinisikan sebagai strategi yang digunakan oleh penutur terhadap pendengar
dalam usaha mencapai pelbagai matlamat, seperti memelihara perhubungan yang
harmonis.
“Kesopanan bahasa” oleh tokoh Teo Kok Seong mentakrifkan kesopanan
sebagai bentuk bahasa atau penggunaan bahasa yang bermaksud untuk berlaku sopan
kepada orang yang diajak bercakap bagi tujuan menghormatinya. Di samping itu, kesopanan
bahasa juga memperlihatkan kehemahan pada orang yang bercakap itu agar dia
dianggap sebagai berbudi bahasa.
Dari pendapat yang diberilan oleh
tokoh-tokoh, kita mengetahui bahawa kesantunan itu sendiri memiliki makna yang berbeda dengan
kesopanan. Kata sopan memiliki arti menunjukkan rasa hormat pada mitra tutur.
Manakala, kata santun memiliki arti berbahasa dengan berdasarkan pada jarak
sosial antara penutur dan mitra tutur.
- Ciri-ciri
Kesantunan berbahasa mempunyai
ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian
khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan. Menurut
Asmah Haji Omar, bahasa halus
disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib. Selain itu, kesantunan
berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya
ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku,
berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan
sebagainya. Dengan ini, kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan
dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada
kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
KESANTUNAN BERBAHASA
KESANTUNAN BERBAHASA
Kesantunan
bahasa menjadi salah satu ciri penting bangsa yang bertamadun. Kesantunan bahasa adalah berkaitan dengan
kehalusan budi bahasa, keadaban dan kesopanan. Ia berperanan untuk menjaga
perasaan si pendengar atau si penerima maklumat. Dengan berlakunya pergaduhan
dan pertelingkahan disebabkan isu yang berkaitan dengan kebiadapan. Seperti
kata orang-orang tua, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk
padahnya.
Untuk mendefinisikan kesantunan bahasa, kita perlu melihat
peranan bahasa itu sendiri dalam konteks kehidupan seharian kita. Bahasa boleh
dikatakan sebagai satu alat komunikasi di antara si penyampai maklumat dan si
penerima maklumat atau si pendengar. Kepentingan bahasa juga dapat kita lihat
dalam hubungan dan pergaulan harian masyarakat. Dalam erti kata lain, bahasa
berfungsi memaparkan dan menggambarkan kehidupan harian kita. Dapat dirumuskan
bahawa konsep kesantunan bahasa berkaitan dengan tatacara dan peraturan dalam
berbahasa. Kita dapat melihat konsep ini dari aspek cara dan bentuk bahasa yang
digunakan seperti pemilihan kata, nada, gerak laku atau bahasa badan yang
digunakan semasa berkomunikasi.
Melalui Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni yang dilancarkan oleh
kerajaan pada awal tahun 2005 di Malaysia. Aktiviti-aktiviti ini merupakan
usaha yang penting untuk memupuk kesedaran dan penghayatan seluruh warganegara
terhadap pentingnya budi bahasa dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara,
bahkan dalam hubungan manusia sejagat. Kesantunan bahasa merupakan salah satu
aspek penting kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni itu. Lama sebelum itu,
iaitu pada tahun 1987, secara rasmi Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah
memasukkan nilai-nilai murni sebagai salah satu teras dasar dan sistem
pendidikan.
- Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Melayu
Menurut Amat Juhari Moain, budi dan bahasa ialah dua perkataan yang begitu
sinonim yang kerap datang bersama sehingga lahir perkataan budi bahasa. Budi
bahasa ialah unsur penting dalam kehidupan orang Melayu yang diasaskan daripada
tingkah laku dan penggunaan kata-kata yang dipilih dengan cermat.
Asas
budi bahasa sebenarnya merupakan asas ajaran agama Islam
menganjurkan penganutnya member salam apabila bertemu. Masyarakat Melayu begitu menghargai
dan menjunjung tinggi budi. Masyarakat Melayu juga menilai segala sesuatu itu
berdasarkan budi. Buktinya, kecantikkan seseorang bukan dinilai pada paras
rupanya tetapi dinilai pada budi bahasanya. Peribadi seseorang juga dapat
dinilai menerusi bahasanya, kalau bahasanya santun dan halus, maka dia
dikatakan berbudi bahasa, sebaliknya kalau bahasa yang digunakan itu kasar dan
tidak menyenangkan pendengar, maka dia dikatakan kurang ajar.
Konsep
bahasa dalam masyarakat Melayu begitu penting sehingga dikatakan "bahasa
tidak dijual beli" dan "hilang bahasa hilang bangsa". Orang
Melayu juga ada mengatakan "bahasa menunjukkan bangsa" yang
menjelaskan bahawa orang Melayu meletakkan bahasa sebagai suatu perkara utama
bagi menggambarkan bangsanya.
Budi bahasa di
kalangan orang Melayu amnya dan umat Islam khasnya dikaitkan dengan hati atau
kalbu. Mengikut Mustaffa Haji Daud dalam bukunya "Budi Bahasa dalam
Tamadun Islam" telah menghuraikan dengan jelas tentang konsep budi bahasa
di hati clan bagaimana konsep hati itu dikaitkan dengan tindakan dan perlakuan
manusia.
- Konsep Malu dan Jaga Maruah Diri
Malu
dibahagikan kepada dua jenis, iaitu malu asli dan malu yang wujud kerana
memiliki ilmu mengenal Allah. Kedua-dua jenis malu itu akan membawa keselamatan
kepada manusia kerana malu itu berupaya membina akhlak yang mulia yang mampu
mencegah kemungkaran.
Konsep
malu dalam masyarakat Melayu begitu luas dan menjadi asas didikan anak-anak.
Menurut Zainal Kling (1980), konsep
malu itu meliputi pelbagai segi pengertian termasuklah yang paling tinggi yang
berkaitan dengan akhlak dan maruah individu, keluarga, dan masyarakatnya.
Dalam masyarakat Melayu,
malu itu bukan sahaja melibatkan perasaan sendiri bahkan sesuatu tindakan kita
boleh juga memalukan keluarga dan masyarakat. Antaranya sesuatu tindakan yang
terkeluar daripada kehendak dan norma masyarakat, seperti seorang gadis
"kahwin lari", maka tindakannya dikatakan tindakan yang tidak ada
rasa malu kerana telah melanggar adat masyarakatnya.
Selain itu, malu juga boleh
berpunca daripada penggunaan bahasa. Sewaktu berinteraksi, orang Melayu ditegah
sama sekali menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang. Perkataan yang
keluar dari bibirnya hendaklah santun, tidak mengandungi unsur-unsur memalukan
diri, keluarga dan pihak lain walaupun sewaktu menyatakan sesuatu yang benar.
Dari
segi masyarakat Melayu amat memandang tinggi budaya masyarakat yang bersopan
santun sehingga nama panggilan terhadap seseorang dapat menentukan sikap, kelas
pendidikan, sosial dan hubungan antara pemanggil dan individu yang dipanggil,
sekali gus memperlihatkan keperibadian mereka. Dalam hal ini, masyarakat Melayu
sudah lama terkenal dengan budi bahasa dan sopan santun dalam tutur kata
mereka. Kesantunan berbahasa juga dapat dilihat dari segi pemilihan kata yang
menunjukkan aspek berbudi bahasa dan pengetahuan yang tinggi dalam bidang
bahasa, sapaan yang tepat kepada sasaran, nada suara yang lembut sesuai dengan
situasi, menunjukkan rasa hormat kepada orang lain dan aspek-aspek lain yang
memperlihatkan nilai-nilai yang baik.
Dalam
kalangan masyarakat dari semasa ke semasa, kesantunan dalam berbahasa perlu
dipupuk dan disemaikan untuk keharmonian dan kesejahteraan hidup bermasyarakat.
Kesantunan berbahasa juga diertikan sebagai kesopanan dan kehalusan etika
menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan mahupun dalam bentuk tulisan. Kesantunan
berbahasa sangat penting dalam masyarakat Melayu kerana bahasa melambangkan
kahalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa
tersebut.
|
