Tuesday, October 8, 2013




Ini Arnab
  •    Ini arnab saya.
  •    Arnab saya berumur 3 tahun.
  •    Ayah membeli arnab kepada saya apabila hari jadi saya.
  •    Arnab ini berwarna putih.
  •    Mata arnab ini bercahaya.
  •    Arnab ini telah saya ikat dengan reben berwarna merah jambu.
  •    Telinga arnab ini panjang.
  •    Saya suka bermain dengan arnab ini pada masa lapang.
  •    Arnab ini kita seronok bermain dengannya.

Pendapat saya dari blog



1.0          Keseluruhan Kandungan
Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai- nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.
Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. Kurikulum Pendidikan Moral membolehkan murid memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia; meningkatkan amalan budi pekerti mulia; menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat, negara serta alam sekitar; dan mengembangkan pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

2.0          LATAR BELAKANG ENTITI EMPUNYA
Blog ini ditulis oleh Abd. Rahman Lo atau Lo Khi Nyen. Beliau berlahir di Sabah. Beliau pernah belajar di Universiti Utara Malaysia. Selepas habis pembelajaran di university, beliau mengajar di SMK Merotai Besar Tawau Sabah. Sekarang, beliau telah bekerja di Education Development Center.

3.0       PERKONGSIAN ILMU
Pendidikan Moral dapat memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran- kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini juga akan menyediakan murid menghadapi dunia teknologi maklumat dan komunikasi dan cabaran alaf baru dengan penuh keyakinan dan bertanggungjawab sosial dan moral.
Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup di kalangan murid. Para murid juga digalakkan mencari dan memperoleh sumber-sumber maklumat melalui teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet, CD-Rom, e-mail dan bidang telekomunikasi. Aktiviti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada kewujudan masyarakat Malaysia yang celek teknologi.

4.0       ASPEK/BIDANG UTAMA
Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. Kurikulum Pendidikan Moral membolehkan murid memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia; meningkatkan amalan budi pekerti mulia; menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat, negara serta alam sekitar; dan mengembangkan pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

5.0       MEMBERIKAN KOMEN
            Pada pendapat saya, saya berasa Pendidikan Moral amat penting dalam jiwa kehidupan kita. Kita perlu bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain. Hal ini demikain kerana Pendidikan Moral mengajar kita berpegang tuguh pada ajaran agama dan prihatin kepada alam sekitar. Selain itu, kita juga dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup serta bersemangat patriotik dengan ada didikan moral yang secukupnya. Tambahan pula, saya berasa pihak sekolah perlu mementingkan mata pelajaran Pendidikan Moral dalam sekolah. Hal ini demikian kerana banyak masalah telah ditimbulkan pada masa kini. Sebagai contoh, Mat Rempit, kes pencurian, vandalisme, kes rogol dan sebagainya. Hal ini berlaku kerana masyarakat kini kekurangan didikan agama dan moral yang cukupi. Oleh itu, untuk membanteras masalah ini berlaku secara serius, kita perlu berganding pahu mementingkan Pendidikan Moral dalam kehidupan supaya kita dapat dalam keadaan yang aman dan damai serta membantu mencapai Wawasan 2020.




TANG LOK LEE P3