1.0
Keseluruhan Kandungan
Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid
supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek
perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pendidikan
Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan
kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai- nilai
murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam
pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat membina satu panduan hidup
yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka
menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala
keputusan dan tindakan yang dilakukan.
Kurikulum Pendidikan Moral
bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang
ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. Kurikulum
Pendidikan Moral membolehkan murid memahami dan menghayati nilai-nilai murni
masyarakat Malaysia; meningkatkan amalan budi pekerti mulia; menyedari dan
menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan
kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat, negara
serta alam sekitar; dan mengembangkan pemikiran moral, perasaan moral dan
amalan moral dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras
dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
2.0
LATAR BELAKANG ENTITI EMPUNYA
Blog ini ditulis oleh Abd.
Rahman Lo atau Lo Khi Nyen.
Beliau berlahir di Sabah. Beliau pernah belajar di Universiti Utara Malaysia.
Selepas habis pembelajaran di university, beliau mengajar di SMK Merotai Besar
Tawau Sabah. Sekarang, beliau telah bekerja di Education Development Center.
3.0 PERKONGSIAN
ILMU
Pendidikan
Moral dapat memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran- kemahiran
tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial. Penguasaan
kemahiran-kemahiran ini juga akan menyediakan murid menghadapi dunia teknologi
maklumat dan komunikasi dan cabaran alaf baru dengan penuh keyakinan dan
bertanggungjawab sosial dan moral.
Penguasaan kemahiran ini juga akan
membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan cabaran
hidup di kalangan murid. Para murid juga digalakkan mencari dan memperoleh sumber-sumber
maklumat melalui teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet, CD-Rom,
e-mail dan bidang telekomunikasi. Aktiviti ini dapat berfungsi sebagai
perangsang dan pemangkin kepada kewujudan masyarakat Malaysia yang celek
teknologi.
4.0 ASPEK/BIDANG
UTAMA
Kurikulum Pendidikan Moral
bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh
menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. Kurikulum
Pendidikan Moral membolehkan murid memahami dan menghayati nilai-nilai murni
masyarakat Malaysia; meningkatkan amalan budi pekerti mulia; menyedari dan
menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan
kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat, negara
serta alam sekitar; dan mengembangkan pemikiran moral, perasaan moral dan
amalan moral dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras
dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
5.0 MEMBERIKAN
KOMEN
Pada pendapat saya, saya berasa Pendidikan
Moral amat penting dalam jiwa kehidupan kita. Kita perlu bertanggungjawab pada
diri, keluarga dan orang lain. Hal ini demikain kerana Pendidikan Moral
mengajar kita berpegang tuguh pada ajaran agama dan prihatin kepada alam
sekitar. Selain itu, kita juga dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup
serta bersemangat patriotik dengan ada didikan moral yang secukupnya. Tambahan
pula, saya berasa pihak sekolah perlu mementingkan mata pelajaran Pendidikan
Moral dalam sekolah. Hal ini demikian kerana banyak masalah telah ditimbulkan
pada masa kini. Sebagai contoh, Mat Rempit, kes pencurian, vandalisme, kes
rogol dan sebagainya. Hal ini berlaku kerana masyarakat kini kekurangan didikan
agama dan moral yang cukupi. Oleh itu, untuk membanteras masalah ini berlaku secara
serius, kita perlu berganding pahu mementingkan Pendidikan Moral dalam
kehidupan supaya kita dapat dalam keadaan yang aman dan damai serta membantu
mencapai Wawasan 2020.
TANG
LOK LEE P3
No comments:
Post a Comment